Koleksi Buku-Buku Pilihan

Khamis, 17 Mac 2011

AKU BUKAN MALAIKAT


Aku Bukan Malaikat

Penulis

Rudy Hirdy

Rentetan kisah hidup seorang lelaki bernama Qimiel yang penuh dugaan. Akibat personalitinya, dia hidup bergelumang dengan cercaan dan penghinaan.

Pola hidupnya tidak pernah lari daripada pengkhianatan. Dia bergelar suami dan ayah tanpa diduga. Dia bergelar duda sebelum merasai nikmay rumah tangga. Namu dia pasrah dengan segala ketentuannya.

Aku Bukan Malaikat sebuah kisah yang sarat dengan pertembungan jalan hidup yang berbeza. Menjelaskan Allah itu Maha Adill. Memberi dugaan kepada hambaNya tanpa mengenal pangkat, darjat dan keturunan. Namun, yang pasti Allah tidak akan memberi dugaan yang melampaui bata kemampuan hambaNya.


Harga: Semenanjung Malaysia :RM22.00
Sabah/Sarawak :RM25.00

BARA CINTA CANBERRA


Bara Cinta Canberra

Penulis

Ilham Hamdani

Carilah cinta Tuhan, nescaya kemudiannya kamu akan bertemu dengan cinta hamba. Setelag bonda meninggal dunia tiba-tiba dan cintanya mati mendadak, Ikmal Hakimi, mendatangi lagi daerah gumtree, negeri selatan, Canberra. Tasik biru Burley Griffin, cuba mencari cinta yang benar, yang sahih, cinta Tuhan. Di Canberra cinta hamba telah datang menyapa, Nia Suraya, gadis diplomat yang pernah melukakannya, atau Melissa, perawan manis yang menumpang kasih. Cinta manakah, yang akan menjadi Bara Cinta Canberra Ikmal? Benarkah kota daerah Canberra adalah kota damai abadi yang akan menemukannya dengan cinta Tuhan, sekaligus cinta manusia.


Harga :Semenanjung Malaysia :RM21.50
Sabah/Sarawak :RM24.50

KU SERU NAMAMU KEKASIH


Ku Seru Namamu Kekasih

Penulis

Maya Iris

Rayyan, gadis yang sanggup berkorban apa sahaja demi teguhnya cinta pada Kekasihnya. Dia sanggup memutuskan tali pertunangan dengan Zaim supaya mendapat keredaan Kekasih yang satu.

Hanisa, gadis keliru yang terpaksa meninggalkan dunia yang dikasihinya kerana kebahagiaan yang dikecapi berakhir dengan kesengsaraan. Dunia yang mulanya indah adalah palsu belaka.

Zaim, lelaki yang tidak pernah terfikir jatuh cinta dengan gadis bertudung yang mengamalkan cara hidup Islam dengan sepenuhnya. Namun, dia sanggup melakukan apa sahaja demi membahagikan hati seorang kekasih.

Mark, lelaki yang sedang tercari-cari kekasih sejati. Kekasih yang dapat memberikan kebahagiaan yang hakiki.

Sebuah kisah empat watak yang berbeza latar belakang, yang masih tercari-cari cinta sejati disebalik bayangan semalam. Dalam pencarian mereka, seruan kekasih yang manakah bakal mengegarkan jiwa? Seruan kekasih yang manakah menjadi janji yang akhirnya tertunai?


Harga :Semenanjung Malaysia :RM24.50
Sabah/Sarawak :RM27.50

LASYKAR PELANGI


Lasykar Pelangi

Penulis

Andrea Hirata

Pelbagai peristiwa menakjubkan terjadi pada zaman kecil para anggota Lasykar Pelangi. Sebelas orang anak Melayu Belitong yang luar biasa ini tidak menyerah kalah walau keadaan tidak selalu menyebelahi mereka. Linta, si miskin cilik yang genius dengan senang hati berbasikal berulang-alik sejauh 20 kilometer untuk menuntut ilmu meskipun kadang-kadang hany sempat menyanyikan lagu Padamu Negeri pada akhir waktu sekolah. Mahar, selain bersekolah dia turut memarut kelapa untuk biaya keluarganyam adalah seniman yang imaginatif dan kreatif meskipun dia sering dipersendakan sahabat-sahabatnya. Tetapi dia berjaya mengangkat darjat sekolah Muhammadiyah di kampung mereka. Begitu juga kisah sembilan orang teman-temannya yang lain bersemangat menjalani kehidupan dan berjuang meraih cita-cita.

Selamilah kehidupan mereka, kejujuran pemikiran, dan indahnya pengembaraan mereka. Anda akan tertawa, menangis, dan tersentuh menghayai gelagat mereka. Novel ini dipersembahkan untuk mereka yang menyakini the magic of childhood memories, dan untuk mereka yang percaya adanya pintu keajaiban lain untuk mengubah dunia pendidikan.


Harga :Semenanjung Malaysia :RM28.00
Sabah/Sarawak :RM31.00

JANGAN BIARKAN SURAU INI ROBOH


Jangan Biarkan Surau Ini Roboh

Penulis

Taufiqurrahman al-Azizy

Memang sudah tidak ada lagi yang peduli pada surau ini. Dibiarkan dimamah usia dan nyaris roboh. Hanya Ibrahim seorang sajalah yang berjuang bermati-matian menghidupkannya, memakmurkannya, mencintainya sepenuh jiwa, bahkan melampai kecintaanya pada diri sendiri dan wanita yang mencintainya. Ia berjuang keras sentiasa menghadirkan Allah di hatinya, di surau itu, di linkungan itu. Dan, pilihan cintanya pada rumah Allah menghantarnya pada kemelut yang amat terjal, perih, berselimut luka, berderai air mata bahkan harga diri dan jati dirinya di mata orang-orang yang berusaha merobohkannya...


Harga : Semenanjung Malaysia :RM17.50
Sabah/Sarawak :RM19.50

SEINDAH MAWAR BERDURI


Seindah Mawar Berduri

Penulis

Fatimah Syarha Mohd Noordin

Cinta adalah sesuatu yang didambakan oleh manusia. Cinta yang murni berlandaskan ajaran agama membawa manusia ke arah kebahagiaan. Cinta yang berlandaskan nafsu pula boleh membawa manusia ke lorong kehancuran. Namun, cinta yang datang itu adalah anugerah Ilahi yang menguji keimanan manusia. Haruskah cinta itu ditolak tatkala usia remaja yang diharungi menuntut tumpuan untuk mencicip madu ilmu yang akan menjadi bekalan untuk mencapai kehidupan yang sempurna di dunia dan di akhirat? Khazinatul Azrar, seorang siswa jurusan Sains di sebuah universiti terdidik dalam landasan agama sejak kecil. Ketinggian sahsiah dirinya benar-benar memukau insan-insan yang berada disekelilingnya. Tsabit, Mukhlisin, dan Asyraf, masing-masing mengimpikan cinta Khazinatul Azrar. Dengan kelebihan tersendiri, masing-masing berusaha memenangi hati gadis dambaan. Ibarat mawar berduri, cantik dipandang tetapi memliki duri sebagai pelindung diri. Khazinatul Azrar tidak mudah tersirna dengan kilauan cinta berlandaskan nafsu. Baginya, cinta yang agung dan kudus hanyalah cinta kepada Allah. Namun, adakah insan yang berjaya mencuri hatinya?

Selasa, 15 Mac 2011

SALAHUDIN AYUBI - PENAKLUK JERUSALEM


Salahudin Ayubi - Penakluk Jerusalem

Penulis

Abdul Latip Talib

Apabila wafatnya Nabi Muhammad SAW dan selepas perginya negarawan Islam yang ulung seperti Abu Bakar As-Sidiq dan Umar al-Khattab, umat Islam di seluruh dunia menjadi mangsa kerakusan dan kedurjanaan musuh-musuh Allah. Mereka disembelih, diperkosa, dan diusir dari tanah air sendiri. Pada masa itu umat Islam memerlukan pemimpin yang berwibawa seperti khalifah ar-Rasyidin. Mereka memerlukan kemunculan pahlawan seperti Khalid al-Walid bagi memulihkan martabat dan maruah umat Islam. Ketika itulah muncul Salahudin al-Ayubi bagaikan mukjizat nabi. Beliau mampu mengalahkan tentera Salib yang kelihatan gagah perkasa tetapi tandus dan kosong jiwanya.


Harga :Semenanjung Malaysia :RM26.90
Sabah/Sarawak :RM29.90


MURTAD JANGAN PANDANG SEBELAH MATA


Murtad Jangan Pandang Sebelah Mata

Penulis

Ann Wan Seng

Murtad merupakan isu yang amat sensitif bagi umat Islam dan telah menimbulkan kegelisahan kepada masyarakat kita. Kenapa, kegelisahan kepada masyarakat kita. Kenapa, Mengapa dan Salah Siapa?

Murtad Jangan Pandang Sebelah Mata memberikan pelbagai gambaran daripada beraneka perspektif untuk membolehkan kita memahami persoalan dan permasalahan murtad yang sedang kita hadapi.

Buku ini mengutarakan beberapa kes dan kejadian murtad yang pernah menjadi isu hangat di dalam negara supaya pembaca mendapat gambaran yang sebenar di sebalik setiap kejadian yang berlaku. Semoga buku ini boleh membuka minda umat Islam di Malaysia agar sentiasa bersikap waspada, peka dan seterusnya membabitkan diri sama ada secara lansung atau tidak di dalam menghadapi ancaman murtad ini.


Harga : Semenanjung Malaysia :RM19.90
Sabah/Sarawak :RM22.90

FROM CAT STEVENS TO YUSUF ISLAM


From Cat Stevens to Yusuf Islam

Penulis

Hermawan Aksan

FROM CAT STEVENS TO YUSUF ISLAM menelusuri liku-liku kehidupan awal Cat Stevens mengharungi dunia kemasyhuran dan kekayaan sebagai penyanyi pop dalam mencari kebenaran untuk kembali kepada fitrah hatinya. Dan dia bertemu Islam setelah mengharungi pelbagai cubaan, dugaan dan cabaran. Akhirnya dia menjadi pejuang agama yang berjuang dengan mendidik diri dan keluarganya, membina sekolah Islam dalam misi pendidikan, mengutus misi kemanusiaan sejagat, malah mengungguli kehidupan total sebagai seorang Islam dalam segenap aspek kehidupannya.

Buku ini juga menangani isu global seperti kes Salman Rushdie dengan Satanic Verses, golongan militan dan serangan 11 September, menubuhkan Muslim Aid dan merakam semula album serta membuat persembahan pentas. Buku ini adalah satu kronologi lengkap satu perjalanan mencari kebenaran.


Harga : Semenanjung Malaysia :RM20.00
Sabah/Sarawak :RM22.00

SEMAI BENIH-BENIH SYURGA


Semai Benih-Benih Syurga

Penulis

Khairul Ghazali

Menampilkan

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Setiap yang hidup pasti lawannya mati dan baik lawannya adalah jahat. Begitu juga dengan balasan Allah SWT iaitu syurga dan neraka yang bersesuaian dengan amalan setiap insan di dunia ini. Bagu meraih ganjaran syurga idaman, setiap insan perlulah melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi dengan ikhlas dan penuh kejujuran. Sebaiknya bagi sesiapa yang memilih untuk masuk ke neraka, mereka tidak perlulah bersusah payah mencari keredaan Allah SWT, sebaliknya hanya perlu mengikut dorongan hawa nafsu semata-mata.

Terpulanglah kepada kita pilihan mana yang terbaik untuk kita dan seluruh kamu keluarga, sanak saudara dan sahabat handai kerana orang-orang di sekeliling kitalahg yang bakal membawa kita sama ada ke syurga atau nereka. Apa yang penting, semuanya adalah pilihan kita!!!


Harga : Semenanjung Malaysia :RM20.00
Sabah/Sarawak :RM23.00


SOAL JAWAB REMEH-TEMEH TENTANG SEKS TAPI ANDA MALU BERTANYA


Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Seks Tapi Anda Malu Bertanya...

Penulis

Zahazan Mohamed

Rohidzir Rais

Perasaan malu masyarakat kita dalam membicarkan masalah seks masih menebal. Bukan sahaja menjawab persoalan seks, malah bertanya tentang seks pun kita masih ragu-ragu. Ini kerana persoalan seks di kalangan ahli keluarga amat jarang-jarang sekali dibincangkan. Ada yang tidak pernah membicarakan soal ini. Lebih teruk lagi ada yang berpendapat isu ini tidak relevan untuk dibincangkan.

Perasaan ini boleh membawa pelbagai komplikasi buruk kepada semua lapisan masyarakat sama ada kepada golongan remaja, orang dewasa mahupun ibu bapa.

Buku ini membicarakan pelbagai isu sensitif tentang seks yang mampu merungkai banyak persoalan yang masuk menjadi tabu kepada masyarakat di negara kita. Kepada para ibu bapa yang malu menjawab pertanyaan anak-anak, guru-guru yang malu berterus terang kepada murid-murid tentang masalah remeh-temeh seks, lebih-lebih lagi para pengantin baru yang masih tercari-cari jawapan kepada pelbagai permasalahan seks,dan pasangan-pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga tetapi masih memendam rasa, buku inilah penyelesaianya.

Jangan biarkan persoalan tentang seks terus membelenggu diri dan fikiran sehingga menjadi barah dalam hidup anda.


Harga : Semenanjung Malaysia :RM19.90
Sabah/Sarawak :RM21.90

HADIAH BUAT MUSLIMAH - Panduan Asas Fiqah Wanita


Hadiah Buat Muslimah - Panduan Asas Fiqah Wanita

Penulis

Siti Nor Bahyah Mahamood

Ida Ezyani Othman

HADIAH BUAT MUSLIMAH - Panduan Asas Fiqah Wanita ialah sebuah buku yang wajar dimiliki oleh semua wanita. Terkandung dalamnya perkara asas Fardhu Aian khusu yang berkaitan dengan wanita seperti bersuci, jenis air, pembahagian najis, istinjak, wuduk, tayamum, jenis darah, mandi, solat, menutup aurat, solat jenazah, zakat, berpuasa, haji, perkahwinan dan yang berkaitan dengannya, pergaulan, perhiasan, mendidik anak dan poligami.

Hukunm-hakam yang dipersembahka dalam buku ini lengkap dengan nas daripada al-Quran dan hadis. Isu yang dibincangkan mustahak, kontemporari dan relevan. Buku ini sesuai untuk semua pelajar wanita, gadis, remaja dan wanita dewasa. Sebab itu buku ini layak dihadiahkan kepada semua golongan Muslimah. Berikan mereka hadiah yang terindah - IBADAH YANG SEMPURNA.


Harga : Semenanjung Malaysia :RM30.00
Sabah/ Sarawak :RM32.00

SOAL JAWAB REMEH-TEMEH TENTANG ISU SEMASA TAPI ANDA MALU BERTANYA


Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Isu Semasa Tapi Anda Malu Bertanya...

Penulis

Siti Nor Bahyah Mahamood

Mohammad Nidzam Abdul Kadir

Banyak ISU SEMASA yang tidak difahami oleh masyarakat hari ini kerana sering dianggap perkara remeh. Sedangkan isu ini melibatkan hukum-hakam syariat. Hukum-hukam pula dipandang dari banyak segi, aliran mazhab dan pendekatan semasa: Yang liberal dan yang ekstrim. Pengarang mengambil jalan paling rasional dalam mengemukakan hukum sesuai dengan konteks masyarakat setempat.

Isu yang disorot termasuk soal akidah, ajaran khurafat dan sesat, perayaan, perbezaan mazhab, kes murtad, masalah darah, jenis keuzuran, puasa, fesyen, aurat, perhiasan, pergaulan dalam masyarakat, seks, soal mahram, nikah kahwin, zina, kerjaya, makan minum, hiburan, muzik, sukan, judi, hukum rokok, menderma, kematian, hidup berjiran dan perhubungan bermasyarakat.

Harga : Semenanjung Malaysia :RM16.90
Sabah/ Sarawak :RM

TENTANG CINTA


Tentang Cinta

Penulis

Pahrol Mohd Juoi

TENTANG CINTA membawa tafsiran dan persepsi baru mengenai topik yang paling menarik minat pada remaja sejak zaman-berzaman. Ia akan menjawab persoalan: Apa sebenarnya yang dikatakan cinta? Siapakah yang patut dicintai? Bagaimana kita harus bercinta? Bagaimana mencintai dan dicintai? Siapakah role-model kita dalam bercinta? Bolehkah menjadi hamba cinta? Cinta bagaimana yang ada 'class'? Buat para remaja... selamilah TENTANG CINTA kerana di situlah indahnya kehidupan. Dan bagi yang pernah frust bercinta, buku ini menawarkan ubatya!

Harga : Semenanjung Malaysia :RM25.90
Sabah/Sarawak :RM27.90

Isnin, 14 Mac 2011

SALAH FAHAM TENTANG ISLAM TAPI ANDA MALU BERTANYA...


Salah Faham Tentang Islam Tapi Anda Malu Bertanya..

Penulis

Nik Salida Suhaila Nik Salleh
Mohammad Nidzam Abdul Kadir

Hukum-hakam Islam termaktub dalam al-Quran, hadis dan kitab-kitan tulisan para ulama tersohor. Tetapi berapa ramai antara kita yang mampu menguasai bahasa Arab untuk memahami al-Quran dan hadis. Berapa ramai antara kita yang membeli dan membaca kitab ulama untuk mendapat sumber hukum.

Zaman berubah dan penumpuan manusia sekarang lebih kepada ilmu duniawi dan kontemporari. Akibatnya umat Islam sendiri terpinggir daripada pengetahuan agama Islam untuk diamalkan. Berlakulah salah faham dan akhirnya membenci agama itu sendiri apabila persoalan mereka tidak berjawab.

Maka buku ini mengungkap persoalan daripada sekecil-kecil dan seremeh-remeh perkara hinggalah kepada persoalan alam sejagat antaranya: Kitab al-Quran, hadis, ibadah, isu wanita, rumah tangga, perkahwinan, poligami, harta pusaka, hiburan, kemajuan, makanan, pakaian, perubatan, kesalahan, jihad, politik, mazhab, parti, perpecahan umat, amal soleh, syurga dan persoalan non-muslim.


Harga : Semenanjung Malaysia :RM19.90
Sabah/Sarawak :RM21.90

ANDA BERTANYA SAYA MENJAWAB TENTANG MASALAH AGAMA


Anda Bertanya Saya Menjawab Tentang Masalah Agama

Penulis

Prof. Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi

Buku ANDA BERTANYA SAYA MENJAWAB TENTANG MASALAH AGAMA BERSAMA PROF. DATO PADUKA DR. MAHMOOD ZUHDI menjawab persoalan, masalah atau kemusykilan agama yang sering menghantui ramai orang. Antara aspek yang dijawab ialah:

  • Persoalan peribadi
  • Masalah ibu bapa dengan anak-anak dan akhlak remaja.
  • Hubungan sulit suami isteri.
  • Hubungan menantu, mentua dan ipar duai.
  • Kesempurnaan amal ibadah.
  • Hukum halal haram.
  • Hukum berkaitan dengan masalah kewangan kontemporari.
Anda mungkin mengharungi banyak masalah dalam kehidupan ini. Anda tidak punya banyak tempat khusu untuk bertanya. Mungkin anda tidak punya banyak masa untuk bertanya. Pada masa yang lain anda malu untuk bertanya terutama persoalan yang melibatkan permasalahan yang sulit dan memalukan.

Maka buku ini diharapkan dapat membantu anda menyelesaikan masalah anda dengan jawapan daripada orang yang ahli dalam bidangnya.

Harga : Semenanjung Malaysia :RM20.00
Sabah/ Sarawak :RM22.00

SISTEM POLITIK ISLAM


Sistem Politik Islam

Penulis

Khalid Ali Muhammad al-Anbary

Kata pengantar

Ustaz Zahazan Mohamed

Buku SISTEM POLITIK ISLAM ini menghuraikan prinsip pemerintahan sebuah negara Islam. Ini bermula dengan sejarah penubuhan negara Islam pertama di Madinah oleh Rasulullah s.a.w. diikuti dengan ciri-ciri, tujuan dan keadaam politik Islam itu sendiri.

Politik Islam bermaksud memerintah dengan peraturan yang telah ditetapkan Allah s.w.t. di dalam al-Quran dan sunah Nabi s.a.w. Kalau begitu apakah hukum memerintah sesebuah negara dengan hukum selain daripada hukum Allah?

Perkara kedua yang difokuskan ialah soal pemimpin. Bagaimanakah kedudukan seorang pemimpin dalam Islam? Apakah syarat untuk menjadi seorang pemimpin? Bagaimana kaedah perlantikannya? Apakah bentuk kepimpinan yang hendak dilaksanakan?

Perkara ketiga ialah tentang tanggungjawab dan hak negara. Apa peranan ulama dalam sesebuah negara? Apa pula peranan sultan atau raja?

Perkara keempat ialah tentang rakyat atau masyarakat dan komposisinya.

Perkara terakhir ialah tentang tanah air, kekuasaan politik, perundangan, kehakiman, perlaksanaan, kementerian dan asas politik yang adil. Buku in i juga menyorot fatwa tentang politik Islam oleh mufti dan ulama terkemuka dunia Islam.


Harga : Semenanjung Malaysia :RM29.00
Sabah/Sarawak :RM31.00

MUKMIN PROFESIONAL : CELIK MATA HATI

Mukmin Profesional : Celik Mata Hati

Penulis

Pahrol Mohamad Juoi

Buku Mukmin Profesional: Celik Mata Hati ini menyerlahkan kembali nilai-nilai teras yang diperjuangkan oleh pejuang Islam silam menerusi pendekatan kontemporari.

  • Diperkuatkan dengan gaya penyampaian yang saintifik dan artistik yang kini sinonim dengan dunia Barat justeru menyedari bahawa sahaja hikmah (tidak kira dari Timur atau Barat) adalah milik Islam.
  • Memberi satu kerangka besar yang tepat dan jelas mengenai kehidupan. Dengannya, insya-Allah 'jigsaw puzzle' kehidupan ini akan terungkai. Hasilnya, para pembaca akan menjalani hidup ini dengan pasti dan yakin.
  • Setiap bab dihuraikan secara mudah dan pratikal. Walaupun subjek-subjek dalam buku ini sangat serius dan ia bukanlah sesuatu yang popular, namun gaya dan pendekatannya yang mudah dan menarik menjadikan buku ini mudah difahami dan dihayati.

  • Gaya yang menghiburkan, dinamki, kreatif dan informatif. Cerita, sajak, ilutrasi, metafora dan kata-kata hikmah yang diselitkan akan membantu pembaca membaca buku ini dengan serius tetapi santai.
Buku yang akan meneruskan momentum dan kesinambungan usaha memartabatkan Islam sebagai satu cara hidup di peringkat yang lebih luas dan menyeluruh. Umat Islam memerlukan 'personal branding' (penjenamaan peribadi)yang mantap dalam perjuangannya memartabatkan kembali keunggulan Islam sarwajagat. Maka itu Mukmin Profesional adalah 'personal branding' yang diidamkan itu! Insya-Allah.

Harga: Semenanjung Malaysia: RM55.00
Sabah/Sarawak : RM60.00

RIBA DAN ISU KEWANGAN SEMASA


Riba dan Isu Kewangan Semasa

Penulis

Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman

Umum telah pun mengetahui bahawa agama Islam amat tegas dalam amalan riba - iaitu amalan yang keji dan tergolong delam salah satu dosa besar. Dari segi bahasa sendiri digambarkan riba membawa maksud tambahan atau kenaikan, dan diperjelaskan dalam istilah riba iaitu bunga berganda yang membebankan.

Riba muncul dan bermaharajalela sejak zaman jahiliah lagi, yang mana ia jelas menunjukkan penindasan terhadap orang yang berharap dan orang yang miskin. Istilahnya-'membantu kemudian membunuh'. Apabila Islam muncul, riba dikeji dan diperangi habis-habisan. Amalan riba diharamkan kerana tiada keadilan kepada orang yang memerlukan dan diharamkan kerana tiada keadilan kepada orang yang memerlukan dan perlakuan riba itu adalah perbuatan zalim yang melampau. Kini pada akhir zaman, riba muncul semula tetapi dalam situasi yang 'berhemah' dengan simbolnya- 'mengikut kemampuan semasa'.

Harga: Semenanjung Malaysia: RM20.00
Sabah/Sarawak : RM22.00

300 HADIS BIMBINGAN


300 Hadis Bimbingan

Penulis

Ustaz Zahazan Mohamed

Ahmad Hasan Mohd. Nazam


Al-QURAN MENJADI PANDUAN HIDUP MANUSIA. Panduan ini banyak dalam bentuk falsafah, konsep dan umum. Hadis Rasulullah s.a.w pula memberi contoh dan panduan yang lebih pratikal. Soalnya hadis ratusan ribu banyaknya dan diketagorikan kepada beberapa taraf yang terdiri daripada hadis sahih, hasan, daif hingga yang palsu.

Buku ini telah mengumpulkan 300 hadis sahih yang paling utama yang mencakupi bidang kehidupan bidang kehidupan harian dan disusun mengikut keutamaan tajuk seperti ilmu, beramal, berjemaah, hal ehwal Rasulullah s.a.w, para sahabat, rukun Islam, rukun Iman, solat, al-Quran , puasa, kesihatan, zakat, haji, jihad, doa, zikir, persaudaraan, akhlak, sedekah, komunikasi, pengurusan, pesanan nabi dan sebagainya.

Hadis disampaikan melalui teks yang mudah dibaca dengan terjemahan yang jelas. Pembaca dapat membuat rujukan terus untuk kegunaan dalam menghafal hadis, ceramah, usrah, tarbiah, tazkirah, dan taklim. Turut disertakan biodata 72 orang perawi hadis yang masyhur.


Harga: Semenanjung Malaysia :RM25.90
Sabah/Sarawak :RM27.90

FURU' AL-MASAIL WA USUL AL-WASA'IL


Furu' Al-Masail wa Usul al-Wasa'il

Penulis

Maulana Al-Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani

Disusun semula oleh
Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz


Furu' Al-Masail merupakan sebuah karya terjemahan dalam bentuk soal jawab menyentuh soal-soal syariat yang merangkumi aspek-aspek ibadat, munakahat, muamalat dan jinayat. Saya lebih berminat untuk terus melayari lembaran kitab FURU' Al-MASA'IL setiap kali saya berhadapan dengan masalah fiqah. Akhirnya dengan kehendak Allah jua, terdetik persoalan di hati saya, kenapa kitab yang seindah itu, disimpan hanya untuk menjadi tatapan dan rujukan golongan-golongan tertentu sahaja. Alangkah baiknya sekiranya kitab bermutu seperti itu dapat dimanfaatkan oleh generasi masa kini. Khazanah ilmu yang terkandung di dalamnya dapat dikongsi dan ditatap bersama. Akhirnya, timbullah keinginan saya untuk menyusun semula kitab tersebut dengan gaya bahasa masa kini untuk memudahkan generasi hari ini membaca dan memahaminya, khususnya bagi mereka yang dahagakan ilmi

-Kata-kata Datuk Abu Hasan Din al-Hafiz

Harga: Semenanjung Malaysia : RM75.00
Sabah/Sarawak : RM80.00

AKU TERIMA NIKAHNYA


Aku Terima Nikahnya (Edisi Istimewa)

Penulis

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
www.saifulislam.com


Aku Terima Nikahnya banyak memberi panduan kepada para remaja yang akan menempuh gerbang perkahwinan. Banyak isu yang diketengahkan adalah hasil pengalaman penulis yang telah menempuh asam garam perkahwinan dan mempunyai anak sebagai anugerah Allah.

Remaja yang suka bercinta perlu membaca buku ini agar dapat mengenal erti cinta dan tanggungjawab sebagai sepasang suami isteri, bapa, ibu, anak, ahli keluarga dan sebagainya.

Penulis mengolah buku ini berdasarkan pengalaman sendiri. Sketsa hidup yang terkandung di dalam buku ini tentunya menjadi daya penarik kepada para pembaca untuk mengikuti kandungan selanjutnya.

Bacalah Aku Terima Nikahnya kerana ia sesuai untuk seisi keluarga khususnya para ibu bapa yang ingin mengenali lebih jauh lagi erti sebuah perkahwinan yang diinginkan.

Kandungan buku ini menggarap pengalaman pasangan muda yang bertemu jodoh di bawah landasan syariat agama. Menarik dan penuh sarat dengan unsur nasihat. Kisah di dalam buku ini sekali-sekala mencuit hati. Buku ini sungguh berguna dan tak rugi membacanya!


Harga : Semenanjung Malaysia :RM55.00
Sabah/Sarawak :RM57.00

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT


Indahnya Hidup Bersyariat

Penulis

Al-Ustaz Dato' Haji Ismail Kamus
Mohd. Azrul Azlen Abd. Hamid

Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardhu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardhu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardhu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.

Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step-by-step . Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik.

Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.

Harga

Semenanjung Malaysia : RM 55.00
Sabah & Sarawak : RM 57.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...